Thursday 29 November 2012


Ku tertegun di bait bait rindu
Aku menyisir keloknya sisi hati
Melarung hanyut dlm kalbu
Menembus di ruang ruang mimpi

Sepenggal bait berlalu
Jengah melabuh menabuh lara
Meronta lidah bertabur kelu
Menyungging bibir merasuk sukma

Selaksa sepi di riuhnya gita
Merdu tapi meranggaskan jiwa
Selaksa sepi di riuhnya dunia
Sendiri tanpa teman tuk bersenda

Monday 26 November 2012

Hanya untukmu...



Kasih aku hanyalah untukmu
Tiada lain dalam diriku
Takkan berubah
walau dipisah laut biru
Cinta aku hanyalah untukmu
Tak pernah goyah, tak pernah jemu
Takkan terpadam dalam hatiku
Ia milikmu, percayalah

seh tak kiro..



Bekocak air di boting
Limau manih betaruk mudo
Bio becacak koghih dan lombing
Putih kuning den tarik juo

Friday 23 November 2012

Sesat dalam rindu...

Sesat dalam rindu...

Menanti Kasih Di Hujung Hari


Lara lagi...

Lara lagi...

Kala rindu...


Kala rindu...



Dia yang kusanjungi
Dia yang kusayang
Kuhanya insan biasa
Tak punya segala
Kemewahannya

Kau punyai segala
Anggun dan jelita
Ku hanya insan jalanan
Tak terdaya kita untuk bersama

Di sini cuma seketika
Dan menahan air mata
Perginya cinta
Darjat antara kita tidak sama
Dan berbeza

Kerana cintanya kau melangkah pergi
Meninggalkan diriku keseorangan
Mengapa dirinya mengambil cinta yang
Ku hadiahkan sepenuh hatiku

Kerana cintanya aku ditinggalkan
terhiris hati ini luka pedih
dan kerana tak terdaya
biarkan aku pergi
moga kau bahagia

Kau punyai segala
Anggun dan jelita
Ku hanya insan jalanan
Tak terdaya kita untuk bersama

Tuesday 20 November 2012

AKU MASIH BEGINI


KU MASIH BEGINI

Hari berlalu tanpa sedar,
setiap saat berlalu pantas,
aku masih jua begini,
termangu-mangu dalam kenangan..

Dongak keatas,
toleh kekanan,
toleh kekiri,
semua telah berubah,
tapi aku masih juga begini,
dibayangi kisah semalam,

Sekelip mata ia berlalu pergi,
meninggalkan kesan yang teramat dalam,
terpinga-pinga dalam sedar,
aku masih begini dalam keterpakuan…

NALURI


Naluri apa yang bermain difikiran..
entahlah aku sendiri pun tak faham..
sedang aku sendiri tak mengerti apakah yang sebenarnya yang kucari..
semakin lama semakin kabur,semakin hilang diriku sendiri

Wednesday 7 November 2012


Semalam dan hari ini
hari-hari yang lepas
nafasku tetap berhembus
semalam dan hari  ini
hari-hari yang lalu

Jantungku tetap beralun 
Apa yang terjadi 
Untuk esok hari 
Tak siapa tahu 
Apa yang berlaku 
Hanyalah... 
Mampu berserah diri kepada Ilahi 
Semalam dan hari ini 
Hari hari yang lalu 
Jantungku tetap beralun 
Semalam dan hari ini 
Hari hari yang lalu 
Yang berlaku dah berlalu 
Apa yang terjadi 
Menjadi kenangan 
Ku tabahkan hati 
Untuk merempuhi 
Rintangan.... 
Yang pasti datang 
di hari hari mendatang 
Andai ku diberi kesempatan 
Pastiku tunaikan keinginan 
Yang membara sekian lama 
Kupendamkan dalam hati 
Semoga mendapat keredhaan dari Nya......


Tuesday 6 November 2012


Jaga diri, jangan makan hati
Yang patah kan tumbuh, yang hilang kan berganti