Dalam tak sedar,begitu cepat masa
berlalu..tanpa kita sedar,banyak perkara yang telah meninggalkan kita..tapi
bagiku masa seolah-olah tidak berganjak, segalanya masih segar bermain
diingatan ku.kalau diikutkan realitinya, jauh aku tertinggal dibelakang. bukan
aku mahu keadaan sebegini,bukan juga kupinta sebegini. mungkin pada sesetengah
orang yang lain ia tak memberi kesan tapi bagiku ia meninggalkan kesan yang
amat besar. ada yang berpendapat sekiranya sesuatu cinta itu hilang maka
akan ada gantinya. betul ke? pada aku kenyataan itu sukar bagi aku untuk
menerimanya kerana bagiku cinta yang pernah aku rasa,yang pernah aku miliki,
takkan sama dengan cinta yang lain walaupun aku ada pengganti. Aku akui sudah
tiada cinta lagi dalam hati ini semenjak aku kehilangan cintaku. Maafkan aku
,bukan aku sengaja membiarkan diriku dan insan-insan sekeliling aku terluka
tapi ia amat sukar diperjelaskan dan aku tak mahu berpura-pura menyintai…
biarlah aku terus begini dengan saki baki cintaku yang masih tinggal….
~Mashimore_4eva~
~Mashimore_4eva~