Friday 31 January 2014

kamu

senyuman yang tidak akan pernah akan pudar dari ingatan

Wednesday 29 January 2014

~dpeace~

Kenangan

Sebuah "Kenangan" tidak dapat di hapuskan.. Walaupun berkali-kali kita cuba padamkan, Ia tetap wujud. Mungkin akan dilupai seketika di kala kita Kegembiraan. Dan pasti akan menjelma jua dalam kenangan tika kita kesunyian.. 

Sunday 26 January 2014

Permata Buat Isteri

Telah kusiapkan Satu daerah paling sunyi Dalam hati ini untuk kau isi Sebagai isteri
Untuk kau penuhi dengan kemuliaan Seorang wanita Untuk kau beri erti dengan kelembutan Untuk kau hargai dengan kasih sayang
Ku ingin kau jadi wanita mulia Yang tahu harga budi dan hati Seorang lelaki bernama suami
Kerana engkau isteri... Ku ingin kau mengerti Bahawa hidup ini tak semudah yang kita janjikan Yang kita janjikan Kerana kau isteriku

Friday 24 January 2014

~DIA~

Kini angin bersenda
Membawa kesan indah Pagi yang cemerlang
Lalu seperti biasanya
Kenari berlagu
Damaikan senyumnnya
Sesejuk pagi, yang belum, bahagia

Mega pun berlalu
Meninggalkan salamnya
Bagi dua hati
Yang saling mengharap kasih
Akan ku belai
Bayangan wajahmu
Hembusan sang bayu, mengusik khayalanku

Hasrat dan jiwa, ku ingin, bersama-samanya
Yang telah, pun hilang, ketawa derainya
Airmata

Dia intan kemilau
Senyumannya bersembunyi
Dialah ratu hatiku
Tempat kasih bersemi
Mungkinkah dia
Menyalur bahagia
Kalau begini biarkan hidup, dalam kenangan

Kalau begini biarkan hidup, dalam kenangan

Thursday 23 January 2014

Harapan...

Takdir kita dua bersama Mekar cinta bertaut mesra Riang tawa menghangat segala Hadirnyamu mengikis sepi Dan yakinku cinta ini pasti Namun resah tiada mampuku sembunyi Dia hadir mengukir senyummu kembali Dan ku perhati di sudut kecewa Lenamu di pangkuannya Rebahku kehilangan segala Bersama janjiku bermimpi Bintang terang malapnya dimamah sepi Namun dikala diriku kan kecewa Harapku dikau bahagia Mengejar suratan sempurna Dirimu bersama dia Walauku berilusi Mengharap dirimu pastinya kembali Dikala rindu dan resah bersengketa Sekadar dihambat duka Senyum indahmu padanya Redhaku melepaskan segala 

Friday 10 January 2014

Dia yang kau pilih

Setiap baris kata-kata yang ku baca Bagaikan jalan hidupku Tiada lurus semua seolah hampa Haruskah aku sesali
Bagai kisah kita yang surut selalu Bilakan berakhir
Haruskah aku menanti Kini kan berakhir Relakan segalanya
Biarkan aku berundur Jika itu yang telah pun tertulis Jalan ku tak panjang Bersama dirimu
Jadikan dia terbaik Kerana itu yang telah kau pilih Biarkan diriku membawa semua Luka

Thursday 9 January 2014

Sepintas kenangan di kala senja

renggang sinar pelangi itu menaburkan sejuta senyummu berjuta cahaya berbinar lirih, mencoba menggapai gemingan irama alur drama dalam dunia mengisahkan sepintas kenangan, yang tenggelam terpaut bersama hujan lembaran usang masih tersenyum manis, menyinari tarian awan batas dan sisi dunia menggapai pedih, tuliskan halaman cerita sejenak pikirku tereka rasa, sorotan indah kenangan lama hamparan luas dunia , hanya sekejap berbaur rasa meninggalkan pedih, sebuah cerita berhias perih aku beranjak dan bertahan pada tautan jalan penuh tangisan bersama angan yang kau tinggal hadir kembali dalam rindu yang menerjang.