Tuesday, 21 February 2012

► Seorang lelaki juga memiliki hati & perasaan.. mereka berhak untuk menitiskan air mata.. Namun, mereka menyembunyikan tangisnya di dalam kekuatan akalnya..
► Itulah mengapa Allah menyebutkan bahawa seorang lelaki lebih kuat akalnya berbanding seorang wanita dan itulah sebabnya mengapa tiada yang kita lihat melainkan selain kedegilan mereka..
► Lelaki menangis kerana tanggungjawabnya di hadapan Allah..
► Dia menjadi tunggak pembimbing di dalam rumah tangga..
► Menjadi pengawal Allah bagi ibu, saudara perempuan, isteri dan anak²nya. Maka, tangisnya pun tidak pernah nampak di matanya..
► Tangisan lelaki adalah pada keringat yang bercucuran demi menafkahi keluarganya. Tidak dapat kita lihat tangisnya pada keluh kesah menerusi lisannya..
► Lelaki menangis dalam letih & lelah menjaga keluarganya dari kelaparan. Tidak dapat kita dengar tangisnya pada omelan² di bibirnya..
► Lelaki menangis dalam tegak & teguhnya dalam melindungi keluarganya dari terik matahari, deras hujan serta dinginnya angin malam. Tidak akan nampak tangisnya pada peristiwa kecil dan remeh..
► Lelaki menangis dalam kemarahannya, bila kehormatan diri & keluarganya digugat. ► Lelaki menangis dengan siap bangunnya di kegelapan dinihari..
► Lelaki menangis dengan bercucuran peluhnya dalam mencari rezeki..
► Lelaki menangis dengan menjaga serta melindungi orang tua, anak & isteri..
► Lelaki menangis dengan tenaga & darahnya menjadi gadai bagi agamanya.
► Tetapi.. Lelaki benar² menangis dengan air matanya apabila bersendirian.. menyedari tanggungjawabnya yang besar di hadapan Allah. Pandanglah Ayah, Pandanglah Suami. Pandanglah Saudara lelaki..

No comments:

Post a Comment