Monday, 19 March 2012

Semalam
Aku bertemu mengadap mu lagi
Biarpun di malam sunyi dan sepi 
Ketika hati ini gundah gulana
Memikirkan diri seakan semakin jauh

Semalam
Aku penuhi malam penuh irama sahdu
Menyatu hati mengait bicara
Walau kadang hati tersentuh
Namun kerana rindu dan cinta itu
Malam itu ku lalui dengan bunga-bunga kasih padamu

No comments:

Post a Comment