''Sungguh tak terdaya lagi rasanya aku menanggung semua ini. Dimanakah
silapku? Dimana kurangku? Setitis airmata mengalir dipipiku. Lantas kuseka air
jernih itu lalu beredar dari kamarku menuju ke meja komputer. Harapanku agar
dapat kukuatkan perasaan untuk berlagak bagai sang wira yang mampu mengharungi
segala rintangan.
Aku tekad untuk membuat keputusan. Aku mula menulis akan
tetapi sesuatu dihujung meja menggamit segala kenangan silam.
“ Liya kenal abg dah
lama..Bukan setakat setahun due kita kenal. Tak payahla lagi nak sorokkan lagi semua tu.”
“ Abg betul- betul sayangkan dia Liya. Abg
sanggup berkorban ape saje untuk dia. Abg dah idam-idamkan hidup
bahagia,membina mahligai bersama dia. Hanya dia yang ada dalam hati abg ni.
Takde lain Liya. Dia sorang saje yang abg cinta. Cinta abg pada dia tak pernah
kurang, tak pernah hilang Liya. Sampai bila-bila. Walau ape pun terjadi. Abg
tetapkan mahukan dia”
“ Tapi abg kenalah terima takdir. Dah bukan
jodoh abg dengan dia. Dia dah jadi milik orang lain. Teruskanlah hidup abg.
Jadikannye lebih sempurna.”
“ Abg tak mampu. Abg tak mampu
buat apa– apa tanpa dia. Dia segalanye.”
“Abg..bwk mengucap..abg masih ade rmai org yg ambil berat tntang
abg..kluarge abg..dan liya ni..sahabat abg.. liya sedia membantu abg bile abg
memerlukan liya”
“ antare sahabat dan kekasih
takkan sama Liya. Takkan pernah sama.”
“ bukan ini yang abang minta untuk terjadi
Liya..”
“ abang bukan mahu melakukan
ini semua pada Liya. Abang tak mahu menyiksa Liya lagi. Abang perlu akui yang
tiada cinta untuk Liya dari abang. Selama ini hubungan yg kita jalinkan hanye
sebagai sahabat..”
No comments:
Post a Comment